fbpx

Banjir : Mayat lelaki lemas ditemui di belakang premis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang selepas ditemui di belakang sebuah premis di Kampung Kubang Jejuluk, Rantau Panjang hari ini. FOTO IHSAN PEMBACA

PASIR MAS – Korban banjir di negeri ini bertambah apabila seorang lelaki ditemui lemas di belakang sebuah premis di Kampung Kubang Jejuluk, Rantau Panjang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas,Mohd. Nasaruddin M Nasir berkata, mayat Ahmad Faizal Zulkifli, 26, ditemui oleh Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang menjalankan operasi berasama Balai Bomba Rantau Panjang pada pukul 3.30 petang.

“Sebelum itu, mangsa dilaporkan hilang sejak kelmarin semasa kebanyakan kawasan di daerah ini dilanda banjir.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang di sini untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, penemuan mangsa telah dimaklumkan kepada pihak keluarga.

Terdahulu, seorang seorang pelajar tahfiz ditemui lemas selapas dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir di Kampung Kedapan, Banggol Kulim, Rantau Panjang semalam. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI