fbpx

Angkasa lantik Abdullah Jusoh sebagai GCEO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Angkasa melantik Datuk Abdullah Jusoh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Angkasa berkuatkuasa mulai hari ini.

PETALING JAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) mengumumkan pelantikan Datuk Abdullah Jusoh sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Angkasa berkuatkuasa mulai hari ini.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pelantikan itu dilaksanakan susulan prestasi serta kebolehan Abdullah Jusoh amat baik sepanjang perkhidmatan di Angkasa sejak 1988.

“Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi Angkasa pada tahun 2016 sebelum menjadi Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bermula Januari tahun ini.

“Perkhidmatan cemerlang Abdullah Jusoh menguruskan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) telah meningkatkan prestasi perkhidmatan potongan gaji dengan teknologi terkini yang mampu memproses data dengan pantas, cekap dan selamat.

“Justeru itu, beliau telah meningkatkan jumlah potongan BPA daripada kutipan potongan sebanyak kira-kira RM750 juta sebulan pada tahun 2010 kepada RM1.1 bilion sebulan mulai tahun 2015,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Fattah, kredibiliti Abdullah Jusoh juga dapat dilihat apabila menerajui dan menguruskan perniagaan Angkasa sebagai Ahli Lembaga Pengarah serta Pengarah Eksekutif MyAngkasa Holdings Sdn. Bhd. pada tahun 2020.

“Beliau berjaya mengubah operasi dan struktur MyAngkasa bersama anak-anak syarikat sehingga menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

“Abdullah Jusoh yang juga mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam sektor koperasi akan menerajui, memperkukuh tadbir urus, operasi dan perkhidmatan membangunkan Angkasa serta gerakan koperasi negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI