fbpx

Remaja lelaki bermain banjir maut akibat lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Muhammad Alimi yang maut akibat lemas dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut selepas bermain banjir bersama adik lelaki di belakang rumahnya di Bandar Cheneh Baru di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa, Muhammad Alimi Hashim, 14, gagal diselamatkan walaupun menerima bantuan rawatan awal oleh anggota bomba.

Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, sebelum kejadian, Muhammad Alimi
dikatakan bermain di kawasan limpahan banjir sedalam dua meter bersama adiknya.

“Sewaktu sedang berseronok bermain, pelajar tingkatan dua Sekolalah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheneh itu dikatakan tiba-tiba lemas.

“Adik lelaki mangsa sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing kawasan limpahan banjir untuk meminta bantuan,” katanya di sini hari ini.

Azman berkata, salah seorang kakaknya, Nurshahiza, 21, cuba menyelamatkan mangsa dengan terjun ke kawasan limpahan banjir itu tetapi turut hampir lemas sebelum diselamatkan orang ramai.

Tambah beliau, anggota bomba yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian sebelum memberi bantuan pernafasan awal.

“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cheneh di sini sebelum pegawai perubatan bertugas mengesahkan remaja itu sudah meninggal dunia.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut,” katanya.

Azman menasihat penduduk agar memantau pergerakan anak-anak tidak bermain banjir kerana boleh membahayakan keselamatan.

Katanya, Muhammad Alimi merupakan korban kedua akibat pada musim tengkujuh di Terengganu sejak bulan November lalu.

Sebelum ini, seorang pengurus stesen minyak berusia 40 tahun maut akibat lemas
ketika sedang memukat ikan berhampiran Ladang Rakyat, Mak Lagam di sini pada 1 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI