fbpx

BDB untung RM8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Iskandar

PETALING JAYA – Bina Darulaman Berhad (BDB) merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) berjumlah RM8 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, dalam suasana persekitaran mencabar akibat pandemik.

Jumlah tersebut 5.54 peratus lebih rendah berbanding RM8.53 juta yang direkodkan pada tahun kewangan 2020, manakala perolehan turut merosot sebanyak 4.08 peratus kepada 210.62 juta.

Ketua Pegawai Korporat BDB, Mohd. Iskandar Dzulkarnain Ramli berkata, kejayaan Kumpulan untuk terus merekodkan keuntungan merupakan hasil fokus tidak berbelah bahagi dan usaha untuk meningkatkan perniagaan teras BDB ke arah asas yang berdaya tahan, memaksimumkan kecekapan operasi, kebajikan kakitangan, penggunaan tenaga kerja serta penyusunan semula kewangan.

“Melangkah ke hadapan pada 2022 dengan projek besar dalam tangan, kami akan terus melaksanakan langkah-langkah ini untuk meningkatkan perniagaan teras, menambah baik kemampanan kewangan, menerima transformasi digital dan menjana aliran pendapatan baharu.

“Kesemua ini akan membantu Kumpulan menyelaraskan semula struktur operasi perniagaan, mempertajamkan produktiviti dan mengukuhkan kecekapan modal, seterusnya bangkit daripada fasa sukar dan memaksimumkan peluang pada 2022,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI