fbpx

KL Thunder ‘bepeluh’ benam Perak Bison

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KL Thunder memerlukan aksi tiga set sebelum berjaya membenam cabaran Perak Bison semalam. - IHSAN STL

Oleh NORUL AKMA MOHD ZAIN

Kuala Lumpur (KL) Thunder menepati ramalan apabila berjaya membenamkan Perak Bison 21-14, 20-22, 21-15 pada aksi pusingan kedua minggu ketujuh Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Spice Arena, Bayan Baru di George Town semalam.

Aksi set pertama menyaksikan KL Thunder bermula dengan aksi agresif apabila mendahului mata 11-6 setelah sebelum Perak Bison cuba mengejar kedudukan tersebut.

Bagaimanapun, kehandalan tekong KL Thunder, Syahir Rosdi yang kerap berjaya melakukan servis tajam berjaya membantu pasukan itu meraih kemenangan pada set pertama 

Set kedua berlangsung sengit apabila Perak Bison mahu memburu kemenangan apabila berjaya mempamerkan permainan agresif selain KL Thunder juga tidak mahu menyerah sehingga mata terikat 10-10.

KL Thunder kemudian berjaya mendahului perlawanan 17-13 sebelum Perak Bison kembali mengejar kedudukan dan kedua-dua pasukan terikat pada mata 20-20 menyebabkan perlawanan diheret ke mata deuce.

Para pemain Perak Bison dilihat berjaya menyerap tekanan apabila mereka akhirnya berjaya memenangi set kedua dengan 22-20 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Bagaikan hilang rentak Perak Bison gagal mengimbangi kedudukan pada set berkenaan apabila gagal menyekat kebangkitan KL Thunder apabila ketinggalan 18-9 sebelum mereka akhirnya tumbang dengan 21-15.

Bermula petang ini, bakal berlangsung empat lagi perlawanan membabitkan Negeri Sembilan Antlers yang akan membuat perhitungan bersama Kelantan Warriors pada pukul 3 petang disusuli pertembungan antara Putrajaya Cyborg berdepan Johor Tigris.

Sementara itu, pada sebelah malam akan berlangsung dua lagi perlawanan melibatkan pertemuan antara Penang Black Panthers yang akan berdepan KL Thunder, manakala aksi terakhir mempertemukan ATM Guardians dan Perak Bison. – KOSMO ONLINE!

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI