fbpx

‘Baby bump’ kelihatan, Mira Filzah dihujani doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN perut Mira yang semakin membesar menuai perhatian dan keterujaan ramai peminatnya.

SEJAK mengumumkan dirinya hamil, ramai yang sudah mula teruja walaupun Mira Filzah tidak pernah berkongsi foto keadaan fizikalnya kepada umum.

Tetapi beberapa hari lalu netizen khususnya peminat Mira kembali teruja apabila artis kesayangan mereka berkongsi foto menampakkan bentuk baby bump. Alahai comel je Mira.

Menurut ramai, seri ibu mengandung memang terpancar jelas pada wajahnya.

Disebabkan sekeping foto tersebut, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu dihujani ribuan doa daripada netizen.

Rata-rata teruja melihat baby bump yang ‘dirahsiakan’ selama enam bulan sebelum ini dan mendoakan agar perjalanannya bergelar seorang ibu dipermudahkan.

Ada juga yang sudah mula meneka jantina bayi dalam kandungan Mira.

“Seri ibu mengandung. Semoga dikurniakan cahaya mata yang soleh,” komen seorang netizen.

“Macam anak perempuan, tahniah Mira,” tulis seorang pengikut Instagramnya.

Apa pun jantina yang bakal dilahirkan, semoga Mira sentiasa sihat dan jaga kesihatan. Musim pandemik ini, banyak sangat risiko dan kurangkan aktiviti luar rumah.

DIVA: Ramai sungguh anak selebriti yang lahir tahun ini dan bakal sebaya nanti. Pasti comel-comel semuanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI