fbpx

Radiasi nuklear di loji Chernobyl meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loji nuklear Chernobyl terletak kira-kira 32 kilometer dari bandar raya Kiev. - Mediadrumimages/Arkadiusz Podnie

KIEV – Pihak berkuasa Ukraine memberi amaran bahawa kadar radiasi di zon pengecualian nuklear Chernobyl telah melepasi tahap terkawal selepas tentera Rusia menawan kawasan tersebut, lapor akhbar The Sun semalam.

Tentera Rusia mengambil alih bekas loji nuklear Chernobyl kelmarin dengan keadaan kemudahan penyimpanan pada ketika itu dilaporkan tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun, data terbaharu pemantauan sinaran automatik mendapati bahawa tahap kawalan kadar dos radiasi gamma di zon pengecualian telah melepasi tahap selamat.

Inspektorat Kawal Selia Nuklear Negara Ukraine menyalahkan tentera Rusia bagi peningkatan dalam radiasi tersebut.

Menurut agensi tersebut, bilangan peralatan ketenteraan berat yang melalui zon pengecualian telah mengganggu lapisan atas tanah di tapak yang sensitif itu.

Para pegawai turut memberi amaran bahawa ia telah mengakibatkan pelepasan habuk radioaktif yang tercemar ke udara, namun, peningkatannya setakat ini bukan dalam kuantiti yang signifikan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI