fbpx

WZ Satu berjaya catat untung buat kali pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – WZ Satu Berhad (WZ Satu), pakar pembinaan dan kejuruteraan sivil, buat pertama kalinya berjaya mencatat keuntungan bagi tahun kewangan penuh sejak tahun 2018.

Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia semalam,  Kumpulan merekodkan keuntungan bersih RM3.6 juta dalam suku keempat 2021, dengan perolehan RM57 juta.

Pengerusi Eksekutif dan Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pencapaian tersebut disokong oleh sumbangan positif daripada tiga segmen teras iaitu kujuruteraan sivil dan pembinaan, minyak dan gas serta pembuatan.

Menurut beliau, sebagai perbandingan, Kumpulan merekodkan keuntungan bersih RM2.2 juta dan perolehan sebanyak RM62.7 juta dalam suku ketiga 2021. 

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, WZ Satu mencatat keuntungan bersih RM3.7 juta dengan perolehan sebanyak RM247.4 juta.

“Ini amat penting kerana Kumpulan berjaya merekodkan keputusan positif awal dari apa telah yang dijangkakan pada tahun 2022.

“Pencapaian kewangan terkini WZ Satu membuktikan kejayaan pelaksanaan strategi perniagaan, kami memacu pertumbuhan strategi ke hadapan dan secara aktif membida beberapa tender dari sektor awam dan swasta,” katanya dalam kenyatan.

Sehingga 31 Disember lalu, buku tempahan WZ Satu merekodkan RM578 juta dan mencatatkan perolehan nyata sehingga 2023.

“Kami bekerja keras dan laju untuk meningkatkan saiz buku tempahan bagi tempoh beberapa tahun akan datang. Sehubungan itu, salah satu pemacu utama bagi WZ Satu adalah pelaksanaan rangkaian 5G Malaysia,” ujar beliau

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI