fbpx

Tourism Malaysia sedia terima pelancong asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iskandar Mirza (kiri) melawat pameran selepas program My Destination-Sabah & Labuan Meet Johor & Putrajaya Roadshow 2022 di Hotel Everly, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Tourism Malaysia bersedia menerima kedatangan pelancong asing yang datang berkunjung ke negara ini sebaik sempadan negara dibuka kelak.

Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd. Yusof berkata, untuk itu pihaknya memberi keutamaan kepada pelancongan berasaskan pengalaman yang menumpukan kepada pelancongan komuniti dan luar bandar.

“Kalau dibuka (sempadan), ya kita bersedia tetapi dengan syarat bergantung kepada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi. Apabila ia dibuka, banyak agensi yang terlibat bukan hanya Tourism Malaysia sahaja.

“Selain itu dalam konteks Tourism Malaysia, setiap pasaran adalah berbeza bergantung kepada cita rasa. Sekarang ini pelancong lebih inginkan pelancongan berasaskan pengalaman serta Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang dikaitkan dengan pelancongan komuniti.

“Apabila ia berkait komuniti, ada beberapa perkara ditekankan supaya ia kembali kepada masyarakat setempat,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perasmian My Destination Sabah & Labuan Meet Johor & Putrajaya Roadshow 2022 di sini hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata, SOP pelancongan berhubung pembukaan sempadan negara sedang dibincangkan ketika ini sekali gus perlu menunggu pengumuman daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI