fbpx

Polis buru dua suspek samun bersenjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar kejadian samun bersenjata di sebuah kedai runcit di Menglembu, Ipoh semalam.-FOTO MEDIA SOSIAL

IPOH – Polis sedang mengesan dua lelaki dipercayai warga tempatan yang disyaki terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai runcit dekat Menglembu, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya mengesan video tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kejadian itu hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati, kejadian berlaku pada pukul 6 petang di mana suspek melakukan jenayah tersebut dengan bersenjatakan parang.

Katanya, dalam kejadian itu, kedua-dua suspek memaksa pekerja-pekerja kedai menyerahkan barangan peribadi sambil menyelongkar kaunter juruwang sebelum beredar.

“Anggaran kerugian yang dialami mangsa berjumlah RM1,600. Usaha sedang dijalankan bagi memburu kedua-dua suspek terlibat.

“Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintenden Fadli Ahmad di talian 019-2500019.

Terdahulu, tular di media sosial, video berdurasi satu minit 16 saat yang memaparkan dua lelaki memakai topi keledar dan pelitup muka masuk ke dalam kedai runcit sambil mengacukan parang.

Dalam kejadian itu, terdapat beberapa individu berada di dalam premis tersebut termasuk pekerja di kaunter juruwang. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI