fbpx

Makanan lebihan bertukar igauan ngeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pelajar terpaksa menjalami pembedahan memotong kakinya akibat jangkitan bakteria selepas dia memakan makanan lebihan di sebuah restoran. - Dr Bernard / Chubbyemu / YouTube

WASHINGTON – Seorang pelajar kolej di New England, Amerika Syarikat (AS) terpaksa menjalani pembedahan untuk memotong kedua-dua kakinya akibat memakan makanan lebihan, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Kes aneh itu mendapat perhatian selepas video mengenainya menjadi tular baru-baru ini. Pada 16 Februari lalu, klip video berkenaan disiarkan di laman YouTube oleh saluran Chubbyemu yang dikendalikan oleh seorang ahli toksikologi berlesen, Dr. Bernard Hsu.

Menurut New England Journal of Medicine edisi Mac 2021, pelajar berkenaan dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik (PICU) di Hospital Besar Massachusetts akibat kejutan, kegagalan organ dan ruam.

Setelah memakan makanan lebihan dari sebuah restoran, pelajar berkenaan mengadu sakit perut dan loya. Dia juga mula muntah dan menggigil, sakit dada, sesak nafas, lemah, leher kaku dan penglihatannya kabur, seperti yang dinyatakan dalam jurnal tersebut.

Kulit pesakit turut mengalami perubahan warna menjadi keunguan. Pelajar berkenaan dibawa ke hospital dengan suhu badannya mencatat bacaan hampir 38 darjah Celsius, manakala kadar denyutan jantung pada 166 denyutan seminit. Pernafasannya semakin teruk dan dia dibekalkan alat bantuan pernafasan. 

Ujian kesihatan mendapati pelajar berkenaan dijangkiti bakteria Neisseria meningitidis. 

“Apabila bakteria terdapat dalam darah, saluran darah seluruh badan akan mengembang, mengurangkan tekanan darah yang akan menghalang oksigen sampai ke organ-organ,’’ kata Dr. Bernard.

Pelajar berkenaan menghidapi banyak komplikasi dan terpaksa menjalani pemotongan anggota badan termasuk 10 jari dan bahagian bawah lutut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI