fbpx

‘Industri kami berjaya jual 54 juta tiket filem tempatan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah filem Indonesia, Joko Anwar optimis industri perfileman negara republik tersebut akan terus berkembang maju.

PETALING JAYA – Melihat situasi industri perfileman Indonesia semakin berdaya maju, pengarah prolifik negara republik tersebut, Joko Anwar optimis momentum sama akan terus menunjukkan kemajuan.

Joko yang cukup dikenali menerusi naskhah Pengabdi Setan berkata, sudah tiba waktunya industri kreatif berhenti terus ‘terduduk’ disebabkan permasalahan Covid-19. Ujarnya, sekarang adalah waktu untuk kembali bangkit.

“Sebelum pandemik, industri perfileman Indonesia berada pada era emasnya.

“Industri kami (Indonesia) berjaya jual lebih 54 juta tiket untuk filem tempatan. Satu kemajuan yang bersejarah.

“Dalam pada itu, filem-filem Indonesia semakin meraih perhatian daripada audiens antarabangsa dalam acara festival mahupun platform komersial,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Filem Pengabdi Setan 2 arahan Joko Anwar bakal menemui peminat tanah air tidak lama lagi.

Joko, 46, turut melahirkan rasa teruja filem terbaharu arahannya, Pengabdi Setan 2 untuk ditayangkan di pawagam Malaysia tidak lama lagi.

“Pengabdi Setan 2 akan membuatkan para peminat filem versi perdana teruja.

“Saya boleh janjikan filem kedua ini lebih menakutkan dan pada masa sama, lebih keseronokan. Akan ada lebih banyak perkara tidak dijangka untuk kali ini,” katanya.

Pengabdi Setan 2 dibintangi pelakon hebat Indonesia seperti Tara Basro, Jourdy Pranata, Endy Arfian, Ayu Laksmi, Asmara Abigail dan Fachri Fachri.

Pelakon Malaysia, Bront Palarae kembali memainkan peranannya sebagai Bapak dalam filem berkenaan yang masih menanti tarikh rasmi tayangan di negara ini.

Joko merupakan antara pengarah berpengaruh Indonesia. Filem arahannya, Perempuan Tanah Jahanam diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Film Indonesia 2020 selain turut menerima trofi lain iaitu Pengarah Terbaik, Penata Suara Terbaik, Suntingan Gambar Terbaik dan Sinematografi Terbaik- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI