fbpx

Ibu bapa tuntut pembelaan anak meninggal dunia di HRPZ II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosilawati (kiri) bersama suaminya, Muhammad Hilmi menunjukkan gambar Muhammad Hilman dan laporan polis yang dibuat berhubung kes kematian anak mereka di HRPZ II, Kota Bharu minggu lalu.

KOTA BHARU – Ibu bapa kepada bayi berusia dua bulan yang meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini Jumaat lalu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital tersebut.

Ibu mangsa, Rosilawati Ismail, 26, berkata, keputusan itu dibuat sebagai pembelaan terhadap Muhammad Hilman Firdaus Muhammad Hilmi yang meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 petang ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

Menurutnya, dia dan suami, Muhammad Hilmi Firdaus, 26, sudah melantik peguam dan menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

“Keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang ini dilakukan selepas mendapati ada beberapa perkara yang mungkin menyebabkan kematian anak kami. Anak saya disyaki telah diberi minum susu hampir tamat tempoh selain menerima ubat tidur tanpa kebenaran semasa menerima rawatan

“Kami membuat keputusan untuk mengambil tindakan menyaman pihak hospital demi pembelaan terhadap kematian anak saya yang dilahirkan secara pembedahan di HRPZ II. Saya juga tidak berpuas hati terhadap kakitangan hospital yang merawat anak kami.

“Pihak hospital telah memberi penjelasan, namun saya tetap tidak berpuas hati. Setakat ini, saya belum mengetahui punca sebenar kematian Muhammad Hilman Firdaus,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, tular satu video menerusi Facebook milik Ola Ola yang mendakwa bayinya berusia dua bulan meninggal dunia akibat kecuaian doktor di HRPZ II di sini semasa memberikan rawatan.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Selasawati Ghazali ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian membabitkan kematian bayi itu.

“Kita akan melihat semua laporan perubatan agar siasatan yang dilakukan dapat dijalankan secara telus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI