fbpx

194 kes kategori 3,4,5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 194 kes atau 0.62 peratus daripada 31,199 kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Daripada jumlah kes kategori tiga, empat dan lima, sebanyak 153 kes (78.87 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi atau telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama, sebanyak 31,005 kes pula atau 99.38 peratus daripada jangkitan harian semalam terdiri daripada kategori satu dan dua, dengan jumlah kumulatif kes sebanyak 3,305,157.

Menurutnya, mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 10,171 kes (32.60 peratus), kategori dua sebanyak 20,834 kes (66.78 peratus), kategori tiga sebanyak 102 kes (0.32 peratus), kategori empat sebanyak 46 kes (0.15 peratus) dan kategori lima 46 kes (0.15 peratus).

“Daripada 194 kes kategori tiga, empat dan lima, 92 kes (47.42 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 91 kes (46.91 peratus) mempunyai komorbid, tiga kes (1.55 peratus) ibu mengandung dan 45 kes (23.20 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi.

“Selain itu, 108 kes (55.67 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak serta 41 kes (21.13 peratus) telah menerima dos penggalak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 20,399 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,994,840 kes serta 305 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 191 kes memerlukan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI