fbpx

Sarah Meenita lahir daripada asas menjahit di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR MAISYARAH menunjukkan koleksi pakaian muslimah untuk wanita bersaiz besar di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

oleh Nadhirah Suboh (UiTM)

KUALA LUMPUR – Berbekalkan kemahiran asas menjahit daripada ibu, seorang usahawan muda kini berjaya membangunkan empayar perniagaannya di sebalik populariti jenama Sarah Meenita bagi kalangan peminat tudung dan pakaian muslimah khusus yang bersaiz besar.

Pengasas syarikat, Nur Maisyarah Bustami, 23, mula berniaga secara kecil-kecilan dalam bidang jahitan pada usia 19 tahun dengan mengambil upah menjahit daripada peniaga tudung yang hanya bero­perasi di rumah.

Langkah kanan wanita ini makin menjadi setelah melabur modal kira-kira RM13,000 untuk meluaskan operasi perniagaannya termasuk memiliki sebuah pejabat.

“Perolehan jualan semakin bertambah sehingga mampu mence­cah sehingga RM150,000 hingga RM200,000 sebulan,” katanya ketika ditemu bual secara maya baru-baru ini.

Nur Maisyarah menerangkan, platform media sosial menjadi taruhan Sarah Mee­nita dan melalui promosi yang agresif, jenama dan jualannya terus kukuh dengan pelbagai testimoni positif pelanggannya.

Tambah beliau, pakaian muslimah untuk wanita bersaiz besar seperti Long Top Aira dan Top Maya menjadi pilihan kegemaran pelanggan, manakala koleksi tudung bawal, Cindai dan Kasih pula mencatat jualan menggalakkan.

“Demi keselesaan pembeli, Sarah Meenita mementingkan kua­liti material yang digunakan de­ngan memastikan seratus peratus setiap produk yang dihasilkan hanya dari material berkualiti dan bersesuaian dengan cuaca di Malaysia.

“Harga produk dijual pada harga antara RM10 hingga RM69 bersesuaian dengan bajet pe­langgan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Nur Maisyarah memberitahu, berdasarkan permintaan yang semakin me­ningkat, sasaran perolehan jualannya pada tahun ini bakal mencecah lebih daripada tiga kali ganda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI