fbpx

Kelantan rekod negeri tertinggi kluster pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peningkatan jangkitan Covid-19 banyak berlaku di sekolah asrama. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kelantan melaporkan kluster pendidikan paling tinggi dengan 54 kluster atau 14.71 peratus daripada 367 kluster pendidikan yang dilaporkan bermula 1 Januari lalu sehingga 19 Februari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia diikuti oleh Selangor (49 kluster), Pahang (38 kluster), Kuala Lumpur (37 kluster) dan Sabah (34 kluster).

Menurutnya, daripada jumlah 367 kluster pendidikan tersebut, siasatan mendapati 328 kluster (89.4 peratus) dengan kes indeks merupakan pelajar, manakala 31 kluster (8.5 peratus) dengan kes indeks merupakan guru atau pensyarah.

“Sebanyak enam kluster (1.6 peratus) dengan kes indeks daripada kalangan kakitangan sokongan pusat pendidikan dan baki dua kluster (0.6 peratus) dengan keluarga sebagai kes indeks.

“Majoriti kes yang dilaporkan adalah kategori bergejala ringan atau tiada gejala. Sebanyak 12,579 kes (76.4 peratus) adalah kategori dua, 3,850 kes (23.4 peratus) kategori satu dan 35 kes (0.2 peratus) kategori tiga dan empat, manakala semua kes telah mendapatkan rawatan dan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, peringkat sekolah menengah melaporkan kluster paling tinggi iaitu sebanyak 232 kluster, diikuti kolej (68 kluster), sekolah rendah (25 kluster), universiti (22 kluster) dan prasekolah (20 kluster). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI