fbpx

Isu bekalan RTK: Amaran kepada peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelanggan membeli RTK antigen secara kendiri di sebuah farmasi di Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi amaran kepada peniaga agar terus mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan penjualan kit ujian pantas antigen Covid-19 (RTK) bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas.

Menurut kenyataan KPDNHEP, pihak kementerian mengambil maklum peningkatan kes Covid-19 yang dilaporkan dalam media arus perdana akhir-akhir ini, menyumbang kepada peningkatan permintaan ke atas RTK dalam pasaran.

“Berdasarkan statistik penguatkuasaan dan pemantauan yang telah dilakukan, sehingga kini terdapat kira-kira 18 juta unit RTK tersedia dalam pasaran.

“Sejumlah 8,084 premis runcit telah diberi kelulusan kebenaran menjual RTK diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPDNHEP berkata, sebagai makluman, lapan pengilang Establismen yang mendapat kebenaran bersyarat menghasilkan RTK di Malaysia telah mengeluarkan sejumlah 4.306 juta unit RTK sehingga Februari, manakala negara telah mengimport sejumlah 2.34 juta unit RTK dari tujuh negara.

“Jumlah keberadaan RTK tambahan di pasaran sehingga hujung Februari adalah 6.647 juta unit,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI