fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bagi negeri Sabah pagi ini.

Menurut MetMalaysia, keadaan itu dijangka berlaku sehingga pukul 9 pagi nanti.

“Hujan lebat serta ribut petir bakal berlaku di kawasan Pantai Barat (Ranau) serta beberapa bahagian di Sandakan melibatkan Telupid dan Beluran.

“Selain itu, cuaca buruk itu turut tertumpu di keseluruhan daerah Kudat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Jelasnya lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI