fbpx

Skuad B-23 sedia pamer taring sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara berpeluang untuk menebus kekecewaan ekoran kekalahan pada aksi pertama lalu apabila bakal turun menentang Laos sekali lagi hari ini. – FB FAM

SKUAD bawah 23 tahun (B-23) negara mahu memberi ‘pengajaran’ sebenar buat pasukan Laos pada aksi terakhir Kumpulan B Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) B-23 di Stadium Nasional Morodok Techno, Phnom Penh hari ini.

Sebagai rekod, skuad muda Harimau Malaya telah mengalami kekalahan mengejut kepada Laos 1-2 pada aksi pertama, Jumaat lepas tetapi masih berpeluang untuk mara ke saingan separuh akhir jika meraih tiga mata penuh dan jaringan lebih besar.

Pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney mahu barisan pemain menerapkan mentaliti juara dan yakin bahawa pasukan boleh melakarkan keputusan positif sekali gus menyaksikan kekalahan lepas tidak berulang.

“Tidak pernah ada dalam kamus karier saya bahawa sebelum perlawanan kami tidak yakin dengan peluang yang dimiliki. Sudah pasti saya optimis pasukan ini dapat meraih keputusan positif mara ke separuh akhir.

“Berdasarkan apa yang kami pamerkan pada perlawanan lepas, statistik juga memihak kepada kami apabila menguasai perlawanan selain memiliki lebih banyak peluang.

“Cuma, kali ini saya harap keputusan di atas padang dapat memihak pasukan negara,” kata pengendali import dari Australia itu pada sidang media secara virtual semalam.

Dalam perkembangan sama, Maloney turut mengakui pasukannya ketika ini hanya memiliki 21 pemain sahaja selepas tiga pemain disahkan positif Covid-19 selain penolong jurulatih, Khan Hung Meng.

“Buat masa ini kami hanya memiliki 21 pemain sahaja dan saya masih belum memutuskan siapa yang bakal diletakkan dalam ke­sebelasan utama kerana mereka telah memberikan komitmen yang tinggi pada sesi latihan.

“Mengenai ketiadaan Hung Meng, saya percaya barisan kejurulatihan yang lain boleh membantu saya untuk mencongak strategi terbaik,” katanya.

Selepas kejohanan ini, skuad muda negara akan meng­alihkan tumpuan untuk tiga lagi tugasan penting iaitu Sukan SEA 2020, Piala Asia B-23 di Uzbekistan dan temasya Sukan Asia di China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI