fbpx

Peminat resah lihat Jake dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAKE

KEMUNCULAN penyanyi Jake daripada kumpulan Enhypen dalam siaran langsung V Live baru-baru ini tidak seperti diharapkan ramai peminat apabila ada perkara buruk yang berlaku terhadapnya.

Semuanya gara-gara dia menerima banyak kecaman daripada peminat yang tidak berpuas hati susulan kontroversi dia memakai seutas rantai yang tertera kalimah Allah.

Bagi peminat Muslim khususnya, mereka meluahkan rasa marah dan kecewa kerana tindakan tersebut memperlekehkan nama Allah yang tidak sepatutnya digunakan untuk perhiasan.

Menyedari siaran langsungnya dipenuhi komen kecaman apabila ramai peminat memintanya membuat permohonan maaf, riak wajah Jake dilihat berubah pada ketika itu.

Tidak membiarkan idola mereka terus dikecam, sesetengah peminat lain tampil mempertahankan Jake dengan berkata, mereka tidak sepatutnya menyalahkan penyanyi itu sebaliknya kesalahan tersebut harus ditanggung agensinya.

Mahu perkara tersebut diselesaikan sesegera mungkin, peminat menuntut permohonan maaf. Agensi Belift tampil membuat permohonan maaf susulan kontroversi yang berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI