fbpx

‘Itu fitnah, satu sen pun tak guna duit Cef Wan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIKIN mendakwa tuduhan Chef Wan sebagai fitnah.

PETALING JAYA – ‘Perang’ antara pelakon Shikin Maembong dan bekas bapa mentuanya, Cef Wan dalam aman sosial semakin memanas selepas figura dunia masakan popular itu mendedahkan menerima notis saman malu daripada bekas menantunya itu membabitkan nilai RM1 juta.

Enggan berdiam diri, kakak kepada Emma Maembong itu pula tampil menjelaskan situasi sebenar bahawa kos majlis perkahwinan dengan bekas suaminya, Cef Riz adalah 100 peratus wang simpanan mereka tanpa satu sen pun menggunakan duit Cef Wan atau Datuk Ridzuawan Ismail.

Kata Shikin, dia terpaksa bersuara bagi mendedahkan hakikat selepas ramai melemparkan kecaman susulan kenyataan bekas bapa mentuanya itu yang didakwa sebagai fitnah.

“Terima kasih kepada yang bagi mesej langsung (DM) dan tanya khabar. Tak kurang juga ramai yang kecam saya. Saya bukanlah sejenis yang suka mengaibkan atau bercerita tentang peribadi saya dalam Instagram.

“Tetapi, memandangkan keadaan memaksa saya sebab ramai juga yang DM. Seterusnya masa saya kahwin dengan bekas suami duit perkahwinan kami adalah 100 peratus duit sendiri.

“Ketika itu saya dan suami saya buat perniagaan Elken, kami kumpul duit sendiri. 100 peratus duit sendiri dan tiada satu sen pun daripada bekas bapa mentua saya.

“Apa yang dipost (muat naik) adalah fitnah dan saya rasa semua kena tahu hal sebenar,” kata pemilik nama sebenar Siti Nur’ Ashikin Ismail itu menerusi InstaStorynya, malam tadi.

Berita berkaitan: Miskin sangat ke nak saman saya RM1 juta? – Cef Wan

Semalam, cef popular tersebut menyatakan menerima notis tuntutan saman malu melalui peguam bekas menantunya berpunca daripada teguran terbukanya berhubung hak penjagaan anak antara Shikin dan Nadzri.

Dalam hantaran tersebut, Cef Wan, 64, berkata sebagai orang tua, dia sekadar memberi nasihat supaya perkara berkenaan dilakukan secara bersama tanpa melibatkan mahkamah kerana kasihankan keadaan cucunya.

“Tak malu ke semasa susah saya juga yang menguruskan bil hospital dan macam-macam lagi. Sebagai bapa mentua salah ke saya bagi nasihat. Saya bagi nasihat yang baik-baik tanpa perlu libatkan mahkamah.

“Ramai orang bercerai namun masih kongsi jaga anak.Tolonglah matang. Mahkamah ada banyak isu yang penting. Jangan ditambah lagi isu-isu bodoh nak saman bekas bapa mertua.

“Kau lupa ke jasa aku bersusah payah kahwinkan kau berdua guna duit aku 100 peratus? Anak saya setuju anaknya dijaga kamu. Jika dia ingin luangkan masa bersama anaknya beberapa hari dalam sebulan biarkan. Itu adalah anaknya.

“Besar sangat ke kepala kau sampai lupa diri, tak boleh ditegur dan dinasihati. Letih saya melayan kisah anak-anak. Dia tak malu ke ada hati saman saya nasihat yang baik-baik untuk kedua-dua pihak? Miskin sangat ke nak saman saya RM1 juta?” tulis Cef Wan.

Perkahwinan Shikin dan Nadzri atau Mohd Nadzri Redzuwan, 40, pada 2016 hanya bertahan hampir dua tahun selepas masing-masing mengambil keputusan bercerai pada Jun 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna Natasya, 7. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI