fbpx

Isu beg berat akan diselesai secepat mungkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera di Putrajaya hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Isu beg sekolah berat yang telah berlanjutan sejak sekian lama akan diselesaikan secepat mungkin.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pada masa ini kementerian sedang merangka pendekatan terbaik selain duduk berbincang dalam memastikan isu tersebut dapat diselesaikan.

“Kita lihat isu beg sekolah ini sudah lama dan kementerian sedang merangka pendekatan terbaik. Kena ingat isu ini sekian lama berlaku dan bukan hari ini, tetapi berlanjutan sekian lama.

“Sebab itu nak perincikan beberapa pendekatan ini, saya turun ke bawah banyak kali bagi melihat beberapa punca untuk ditangani.

“Isu ini memerlukan kerangka menyeluruh dan perlu menyelesaikan secara menyeluruh,” katanya pada sidang akhbar pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, antara punca kepada isu tersebut ialah jumlah mata pelajaran terlalu banyak misalnya, tujuh pelajaran di sekolah rendah untuk sehari.

“Untuk sekolah menggunakan tiga atau empat mata pelajaran, kita lihat berat beg lebih ringan namun kita tidak boleh suka-suka keluarkan arahan terus untuk mengurangkan kepada tiga pelajaran.

“Kedua, kadangkala anak-anak ini ada yang bawa buku latihan dari luar sampai dua atau tiga buku sekali gus menambah berat beg. Setakat mana ia digunakan di sekolah? Begitu juga dengan buku rampaian (penulisan) dan ada misalnya mata pelajaran tersebut sehingga empat buku rampaian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI