fbpx

Varian Omicron bertahan 8 hari di permukaan plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Virus daripada varian Omicron mampu bertahan empat kali lebih lama pada permukaan plastik berbanding varian asal. – AFP

BANGKOK – Seorang pakar di Thailand memberi amaran bahawa varian Omicron mampu bertahan empat kali lebih lama pada permukaan plastik berbanding varian asal, lapor akhbar Nation Thailand semalam.

Ketua Pusat Maklumat bagi Penyakit Berjangkit Baru Muncul di Universiti Chulalongkorn, Dr. Thiravat Hemachudha memberi amaran tersebut ketika mengulas mengenai satu kajian yang dijalankan di Jepun.

Kajian tersebut turut mendedahkan bahawa virus Covid-19 mampu hidup 20 kali lebih lama pada permukaan plastik berbanding kulit.

“Pada permukaan plastik, varian asal yang ditemui di Wuhan mampu stabil selama 56 jam, varian Gamma selama 59.3 jam, Delta dengan 114 jam, Beta selama 156 jam, Alpha dengan 191.3 jam dan Omicron selama 193.5 jam,” kata Thiravat dalam satu hantaran di Facebook.

Bagi daya ketahanan virus pada permukaan kulit manusia pula, varian asal kekal stabil selama 8.6 jam, Gamma (11 jam), Delta (16.8 jam), Beta (19.1 jam), Alpha (19.6 jam) dan Omicron (21.1 jam).

“Meskipun Omicron kurang cenderung menyebabkan gejala teruk terhadap pesakit, adalah penting untuk kita kerap membersihkan permukaan seperti meja, kerusi dan tombol pintu di rumah dan tempat kerja.

“Orang ramai juga perlu kekal membasuh tangan secara kerap bagi mengurangkan risiko dijangkiti virus Covid-19,” ujar Thiravat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI