fbpx

Muka peniaga melecur disambar api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang melecur pada bahagian muka dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

AMPANG – Seorang peniaga melecur pada bahagian muka selepas terlibat dalam insiden kebakaran yang berlaku di sebuah gerai berhampiran Petronas Jalan AU 2A/16, di sini lewat petang tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, dua buah jentera FRT dan 17 anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kejadian pada pukul 6.28 petang.

“Sebaik tiba di lokasi didapati kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh orang awam dengan menggunakan alat pemadam.

“Seorang lelaki yang juga tukang masak berusia 54 tahun melecur pada bahagian muka akibat terkena api gas memasak yang menyambar pada wajahnya.

“Gas memasak tersebut dipercayai mengalami kebocoran sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran,” katanya.

Menurut beliau, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Ampang menggunakan jentera Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI