fbpx

Jangkitan Covid-19 dunia catat penurunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai melintas sebatang jalan di Bandar Mexico pada 16 Julai 2021. – AFP

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa terdapat penurunan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 19 peratus di seluruh dunia, lapor akhbar Metro News UK, kelmarin.

Menurut agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), angka jangkitan baharu yang diterima bagi seminggu lalu adalah 16 juta dan 75,000 kematian.

Bagi Asia Tenggara, negara-negara di situ turut melaporkan jumlah kes yang semakin berkurangan sehingga 37 peratus.

Ia adalah satu trend menurun yang terbesar pernah dicatatkan sejak pandemik ini bermula pada 2019.

Di Amerika Syarikat (AS), banyak negeri yang mula melonggarkan sekatan Covid-19 termasuk pemakaian pelitup muka.

Di taman tema tersohor,  Disney World di Florida dan California telah memansuhkan kewajipan memakai pelitup muka untuk pengunjung yang telah divaksin penuh mulai semalam.

Ketua WHO di Afrika menunjukkan nada positif yang sama, mengatakan benua itu sedang beralih daripada wabak itu.

“Saya percaya bahawa kita sedang beralih daripada fasa pandemik dan kini perlu menguruskan kehadiran virus ini dalam jangka masa panjang.

“Pandemik sedang menuju ke fasa yang berbeza terutamanya dengan kadar vaksinasi dijangka meningkat dari semasa ke semasa,”kata Dr. Matshidiso Moeti pada taklimat media Khamis lalu.

Malah Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata dunia mungkin keluar dari fasa akut pandemik hujung tahun ini.

Namun itu hanya akan berlaku sekiranya dunia mencapai kadar vaksinasi sekurang-kurangnya 70 peratus daripada keseluruhan populasi.

“Jangkaan kami ialah fasa akut pandemik ini akan berakhir tahun ini namun dengan satu syarat utama iaitu 70 peratus vaksinasi tercapai menjelang pertengahan tahun ini sekitar Jun atau Julai.

“Jika itu dilakukan, fasa akut ini benar-benar boleh berakhir. Keputusan berada di tangan kita. Ia bukan soal peluang. Ini soal pilihan,” tegasnya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI