fbpx

Hospital UCSI tawar PICKids di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIK-beradik Ngan Qian Le, 10, dan Ngan Qian Yee, 8, (kiri), tenang menerima vaksin ketika hadir Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) untuk rakyat di Negeri Sembilan di Hospital UCSi, hari ini. - FOTO : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON – Hospital UCSI menawarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) untuk rakyat di Negeri Sembilan bermula hari ini.

Menurut Pengarah Perubatannya, Prof. Dr. Amaluddin Ahmad, buat masa ini pihaknya menawarkan 500 dos seminggu untuk penerima.

Katanya, setiap penerima akan dipanggil janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

“Setiap janji temu akan berlangsung pada hari Rabu, Sabtu dan Ahad pada setiap minggu bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.

“Hospital UCSI merupakan hospital swasta pertama yang menawarkan PICKids di Negeri Sembilan pada masa ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI