fbpx

Tinggal lapan hari sebelum pendaftaran PICKids dos pertama ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tinggal lapan hari sahaja lagi sebelum tarikh akhir 15 Mei dan ibu bapa disaran mengambil peluang untuk melindungi anak mereka menerusi pemberian vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam ciapan ringkas di Twitter mengingatkan bahawa pendaftaran bagi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) dos pertama akan ditutup.

“Tinggal lapan hari lagi sebelum pendaftaran PICKids dos pertama tutup. Ambillah peluang untuk melindungi anak anda daripada Covid-19, Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) dan lain-lain komplikasi akibat jangkitan.

“Lebih 1.5 juta kanak-kanak sudah dicucuk di Malaysia. Terbukti selamat,” katanya ringkas menerusi hantaran tersebut hari ini.

Sebelum ini, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, tarikh akhir pemberian vaksin Covid-19 secara percuma kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerusi PICKids kekal berakhir 15 Mei ini.

Selepas tarikh tersebut, ibu bapa masih mempunyai pilihan mendapatkan vaksin melalui program vaksinasi berbayar iaitu vaksin Sinovac manakala, vaksin Pfizer hanya diberikan melalui PICKids serta tidak lagi diberikan selepas tarikh itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI