fbpx

Guna gambar suami artis bergelar Datuk Seri ‘scam’ mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Seorang guru wanita antara lima mangsa yang terpedaya dengan sindiket pelaburan Al Kahtifah Trust yang menggunakan gambar suami kepada selebriti terkenal tanah air yang bergelar Datuk Seri, bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, kegiatan sindiket itu dikesan sejak tahun lalu dengan setakat ini lima mangsa berusia antara 30 hingga 45 tahun mengalami kerugian keseluruhannya berjumlah RM84,410.

Menurutnya, sindiket itu menggunakan gambar suami selebriti terkenal tanah air bergelar Datuk Seri sebagai tarikan untuk memperdaya mangsa.

“Sindiket ini mula dikesan pada awal tahun lalu dengan tiga kes dilaporkan berlaku di Melaka Tengah dan masing-masing satu kes di Jasin dan Alor Gajah dengan melibatkan kerugian antara RM10,000 hingga RM25,000 bagi setiap mangsa.

“Pada 31 Januari lalu, seorang guru wanita turut tertipu dan mengalami kerugian sebanyak RM14,630 selepas terpedaya dengan poster sindiket yang memaparkan gambar suami kepada selebriti terkenal bergelar Datuk Seri itu,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Jelas beliau, sindiket itu turut menyasarkan pesara kerajaan dan pekerja swasta sebagai mangsa.

Berkenaan modus operandi, katanya, sindiket membuat iklan di laman Facebook dan menerangkan mengenai skim pelaburan patuh syariah melalui aplikasi WhatsApp kepada mangsa.

Ujarnya, pihak polis sedang mengumpul bukti-bukti diperlukan bagi menahan suspek yang dipercayai turut aktif melakukan jenayah sama di seluruh negara membabitkan kerugian lebih RM420,000. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI