fbpx

Tangkap suami isteri, dua sindiket tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Jeffri (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas baru-baru ini ketika sidang akhbar di IPK Selangor, hari ini. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Dua sindiket dadah tumpas dengan penangkapan enam suspek termasuk sepasang suami isteri dalam dua serbuan berasingan di sekitar Bandar Saujana Putra di Kuala Langat dan Bandar Bestari, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian antara pukul 2 petang dan 9.10 malam Isnin lalu, kesemua suspek yang ditahan berusia lingkungan 22 hingga 41 tahun.

Turut dirampas adalah dadah masing-masing jenis heroin seberat 8.79 kilogram (kg), syabu 1.08 kg dan 7,510 biji pil erimin 5 dianggarkan 20.9 kg dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM521,263.02.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah berkata, serbuan pertama dilakukan di kawasan tempat letak kereta di sebuah pangsapuri di Bandar Saujana Putra dengan menahan seorang lelaki.

Katanya, soal siasat kemudiannya membawa penahanan tiga lagi rakan suspek termasuk warga asing yang telah tamat tempoh permitnya di sebuah rumah sewa.

“Kita turut merampas 3.6 kg heroin dan 5 kg pil ekstasi di kediaman tersebut. Namun siasatan mendapati rumah berkenaan tidak dijadikan sebagai makmal dadah dengan suspek memproses dadah di lokasi lain.

“Dalang bagi sindiket ini masih dikesan dengan keempat-empat suspek dipercayai aktif sejak pertengahan tahun lalu dan pasaran edaran mereka sekitar Selangor dan Lembah Klang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Ahmad Jefferi memberitahu, pihaknya juga berjaya menahan sepasang suami isteri hasil pemeriksaan pada kereta jenis Proton Saga dinaiki mereka dengan menemui empat peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu seberat 51.5 gram dan dua ‘aluminium foil’ berisi 10 biji pil disyaki erimin 5 (5.4 gram).

Ekoran itu, suspek lelaki yang bekerja sebagai kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menunjukkan sebuah kereta Perodua Kancil yang diletakkan di tempat letak kereta Apartmen Bandar Bestari, Klang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI