fbpx

Neo Wellness cadang buka pusat rawatan di setiap negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Neo Beqam Sdn. Bhd. bercadang membuka pusat rawatan bekam klinikal secara bersepadu di bawah jenama Neo Wellness di setiap negeri bagi memudahkan lebih ramai pelanggan mendapat manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan.

Pengasas kumpulan perubatan itu, Prof Dr. Ab Aziz Al Safi Ismail berkata, buat masa ini, syarikat beroperasi di Kubang Kerian dekat sini sejak mula menawarkan rawatan bekam sejak tahun 2015.

Menurutnya, pusat tersebut dilengkapi peralatan berteknologi tinggi dan setanding perkhidmatan di hospital tempatan.

“Segala perundingan dan rawatan dipantau oleh saya dan dikendalikan oleh kakitangan terlatih serta berpengalaman,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Ab Aziz menjelaskan, kumpulan perubatan turut memiliki  pelbagai mesin yang canggih seperti hipertermia, ECP dan CTU serta i-tera bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Tambah beliau  Hipertemia atau dikenali sebagai terapi haba dianggap salah satu keadah perubatan bersepadu perlu diguna pakai sebagai terapi.

“Ia agak baru sebagai prosedur klinikal, di mana tisu badan terdedah kepada suhu tinggi yang boleh merosakkan dan membunuh sel penyakit kronik dan tidak pada tisu normal.

“Dalam tempoh dua dekad yang lalu, hipertermia telah digunakan sebagai pelengkap yang cekap kepada rawatan standard terapi seperti terapi sinaran dan kemoterapi.

“Perkhidmatan ini merupakan yang pertama di Pantai Timur yang dijalankan di Neo Wellness,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI