fbpx

Wanita larikan kereta, rempuh kenderaan ada 14 rekod jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan wanita berkenaan berjaya diberkas orang ramai di lampu isyarat berhadapan Setapak Central, dekat sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang wanita melarikan sebuah kereta milik pasangan suami isteri hingga merempuh kenderaan lain membawa padah apabila ditahan orang ramai di lampu isyarat berhadapan Setapak Central, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan sebuah video yang tular berdurasi satu minit 31 saat yang telah dimuat naik seorang pemilik akaun Twitter memaparkan kejadian melarikan kenderaan jenis Honda City warna putih di lampu isyarat Wangsa Maju.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang tadi di hadapan Kolej Vokasional Setapak, Jalan Genting Klang, dekat sini.

“Ketika kejadian, pengadu bersama isteri telah keluar daripada kereta tanpa mematikan enjin kenderaan dan menyedari kereta telah dibawa lari oleh seorang wanita bangsa tidak pasti menghala ke pusat bandar,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, pengadu telah meminjam motosikal milik pengawal keselamatan di lokasi untuk ke balai polis bagi membuat laporan.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di lampu isyarat hadapan Setapak Central, pengadu mendapati kereta miliknya mengalami kemalangan.

“Pengadu telah meminta bantuan orang ramai untuk menahan suspek yang kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jelas beliau, hasil semakan mendapati suspek berumur 38 tahun serta mempunyai 14 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Katanya, suspek akan disiasat dibawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan (KK) kerana curi kenderaan dan Seksyen 279 KK kerana memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI