fbpx

Peguam bantah Sri Ram berhujah dalam permohonan singkirkannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah semasa hadir di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram bahawa beliau diarahkan oleh Peguam Negara untuk mengemukakan sendiri hujahan berhubung permohonan Datin Seri Rosmah Mansor menggugurkannya dari mengetuai pendakwaan dalam kes pengubahan wang haram.

Menurut Sri Ram arahan berkenaan dimaklumkan kepadanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib dan ia tiada kaitan mengenai isu kemampuan Akram untuk menghujahkan perkara itu dalam prosiding terbabit.

“Saya terima arahan itu melalui Ahmad Akram pada sebelah petang untuk berhujah dalam permohonan ini dan arahan itu adalah daripada peguam negara. Beliau (Akram)  merasa selesa jika saya berhujah dalam kes saya sendiri, ” katanya

Bagaimanapun, salah seorang peguam Rosmah,  Mohamed Reza Rahim membantah perkara itu dan berkata, pihaknya hanya mendapat tahu bahawa Sri Ram sendiri akan berhujah dalam permohonan itu pada hari ini.

Ketika prosiding terdahulu, semua pihak adalah jelas bahawa Ahmad Akram akan mengemukakan hujahan dalam permohonan berkenaan.

Mohamed Reza berkata, Sri Ram tidak boleh berhujah bagi pihaknya sendiri kerana ia boleh menyebabkan konflik kepentingan berikutan beliau (Sri Ram) adalah subjek dalam permohonan berkenaan.

Katanya, ia bertentangan Peraturan 5 Profesion Perundangan (Amalan dan Etika) 1978.

Beliau dengan itu memohon masa untuk meneliti otoriti perundangan mengenai isu berkenaan dan mencadangkan supaya persoalan sama ada Sri Ram boleh berhujah untuk dirinya sendiri didengar esok.

Selepas mendengar hujahan kedua belah pihak, Hakim Mohamed Zaini Mazlan kemudian menangguhkan prosiding esok bagi mendengar persoalan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI