fbpx

Napoli sedia tampil luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Napoli giat menjalani latihan menjelang aksi playoff Liga Europa menentang Barcelona di Stadium Camp Nou awal pagi esok.

NAPLES – Ketua jurulatih Napoli, Luciano Spalletti enggan cepat berasa selesa dengan kelebihan dimiliki pasukannya menjelang aksi playoff Liga Europa bertemu Barcelona di Stadium Camp Nou awal pagi esok.

Spalletti, 62, merasakan Barcelona tetap mempunyai kekuatan tersendiri biarpun bakal turun menghadapi aksi tersebut tanpa kehadiran ramai pemain disebabkan masalah kecederaan.

Justeru, pengendali berpengaruh dari Itali itu menuntut anak-anak buahnya agar memberikan fokus dan persembahan terbaik untuk membawa pulang kejayaan bermakna dari Camp Nou ke bumi Naples nanti.

“Ini adalah salah satu perlawanan yang amat menarik dan berbaloi buat semua peminat bola sepak di seluruh dunia.

“Apa tidaknya, dua pasukan yang boleh dikatakan berada pada tahap terbaik dan mempunyai sejarah hebat akan bertembung sesama sendiri.

“Sudah tentu kami mahu kemenangan menjadi milik kami. Namun, ia akan berlaku jika semua pemain dapat mengekalkan konsistensi sepanjang 90 minit.

“Pada masa sama, kami juga perlu bersedia memberikan persembahan luar biasa dan pemain harus memanfaatkan bakat serta kemampuan dimiliki mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Napoli yang ketika ini menduduki tangga ketiga Serie A, terpaksa akur beraksi tanpa dua tonggak iaitu Matteo Politano dan Stanislav Lobotka juga disebabkan masalah kece­deraan.

Politano mengalami kecede­raan otot, manakala Lobotka berdepan masalah hamstring yang menyaksikan mereka berdua tidak dapat meneruskan perlawanan ketika seri 1-1 dengan Inter Milan Ahad lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI