fbpx

Elak diundi jumpa Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNA dan Mei Xing lebih gemar diundi bertemu Jepun atau Indonesia kerana mereka berdua yakin mampu bersaing beregu lawan.

SKUAD badminton wanita negara lebih teruja untuk bertemu Indonesia atau Jepun dalam undian peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam malam ini.

Bagi beregu wanita kedua negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing, Malaysia mempunyai lebih peluang untuk melangkah ke pentas final sekiranya tidak diundi bertemu naib juara edisi 2020, Korea Selatan.

“Korea Selatan agak sukar buat kami kerana mereka mempunyai pemain perseorangan yang hebat. Bukan itu sahaja, pemain seperti Baek Ha-Na juga boleh memberikan kesukaran kepada kami.

“Saya fikir peluang kami lebih besar menentang Jepun atau Indonesia kerana kami sangat yakin di bahagian beregu. Harap kami dapat buat yang terbaik dan cuba untuk layak ke final,” kata Mei Xing.

Malaysia mara ke separuh akhir sebagai dua pasukan terbaik Kumpulan Y selepas menewaskan Jepun 3-2 pada aksi pembukaan, Khamis lalu sebelum menang dengan keputusan sama ke atas India kelmarin.

Ia sekali gus turut melayakkan Malaysia secara merit ke saingan Piala Uber 2022 di Bangkok, Thailand pada Mei depan.

Mengulas lanjut, pasangan negara yang berada pada ranking ke-91 dunia itu gembira dengan peningkatan prestasi ditunjukkan mereka sejak mendapat bimbingan Pengarah kejurulatihan beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky.

“Kami dapat rasakan tahap fizikal kami semakin meningkat. Dia (Rexy) sentiasa menekan kami sehingga mencapai had maksimum. Walaupun sangat penat tetapi kami semakin fokus dan cergas dalam gelanggang,” jelas Anna Cheong. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI