fbpx

[VIDEO] Pemilik kedai emas disamun sekumpulan lelaki bersenjatakan parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kenderaan jenis Honda CRV yang dinaiki suspek terbalik dalam kejadian samun melibatkan pemilik kedai emas di Lukut, Port Dickson.

PORT DICKSON – Seorang pemilik kedai emas mengalami detik cemas apabila disamun sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang di Stesen Minyak Shell Lama, Lukut di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira 10.15 pagi.

“Mangsa seorang lelaki berusia 50 tahun yang merupakan pemilik kedai emas di pekan Port Dickson memaklumkan telah diserang lima lelaki bersenjatakan parang yang menaiki dua buah kenderaan.

“Suspek telah menghalang dari arah hadapan dan belakang kereta milik mangsa semasa mangsa sedang memberhentikan kenderaan di stesen minyak tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa menaiki kereta Toyota Camry manakala suspek menaiki kereta jenis Honda CRV dan Perodua Myvi.

Menurut Aidi Sham, suspek telah mengambil tiga buah beg berisi barang kemas, sebuah telefon bimbit, wang tunai dan dokumen peribadi milik mangsa sebelum melarikan diri.

“Semasa suspek melarikan diri, mangsa telah mengejar kenderaan suspek dan menghimpit salah sebuah kereta suspek hingga menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan.

“Mangsa kemudiannya telah berpatah balik namun suspek telah berjaya melarikan diri dan dua buah beg barang kemas yang dilarikan telah dijumpai semula di dalam kenderaan jenis Honda CRV berwarna hitam yang terbalik di hadapan deretan kedai tepi jalan Lukut,” katanya.

Jelas Aidi Sham, hasil semakan ke atas nombor casis Honda CRV tersebut juga mendapati kenderaan tersebut telah dilaporkan hilang dan disamun pada November 2021 di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI