fbpx

Tular selepas gunting rambut anak saudara Sultan Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAIQ bergambar setelah selesai mendapatkan perkhidmatan menggunting rambut di Chonburi, Thailand. - Facebook/ Chang Tee

CHONBURI – Kaum lelaki berpusu-pusu ke kedai gunting rambut di wilayah Chonburi selepas anak saudara Sultan Brunei mendapatkan perkhidmatan di sana, lapor portal berita The Thaiger semalam. 

Putera Faiq Jefri Bolkiah baru sahaja berpindah ke Thailand apabila mula bermain untuk Kelab Bola Sepak Chonburi dan menjadi sangat terkenal dalam kalangan rakyat Thailand. 

Pemilik kedai gunting rambut, Chang Tee berkata, ramai yang berminat ke kedainya selepas Putera Faiq menggunting rambut di sana.

Chang menyifatkan ia sebagai peluang baik untuk perniagaannya pulih selepas mengalami kerugian akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, ramai pelanggan kini berminat untuk mendapatkan potongan rambut serupa dengan Putera Faiq iaitu ‘Skin fade’ yang kini merupakan stail paling terkenal di kedai itu.

Tukang rambut yang memotong rambut Putera Faiq, Teerapat Mungmee berkata, kebanyakan pelanggannya adalah pemain daripada kelab bola sepak itu.

Jadi apabila baginda perlu menggunting rambut, mereka mengesyorkan supaya mendapatkan perkhidmatan daripada Teerapat.

Putera Faiq diiktiraf sebagai antara pemain bola sepak terkaya di dunia dengan anggaran nilai bersih AS$20 bilion (RM83.756 bilion).

Baginda merupakan kapten pasukan kebangsaan Brunei dan kini bermain untuk kelab Thai Chon Buri FC. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI