fbpx
SAMETH mengumumkan Myanmar terpaksa menarik diri daripada Piala AFF B-23 ekoran isu jangkitan Covid-19.

Myanmar tarik diri sertai Piala AFF B-23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SKUAD bawah 23 Tahun (B-23) negara nampaknya akan terus berehat lebih lama apabila lawan pertama dari Kumpulan B, Myanmar terpaksa menarik diri daripada Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-23 ekoran isu jangkitan Covid-19.

Ini bermakna, hanya Laos menjadi lawan tunggal anak-anak buah Brad Maloney yang dijadualkan berlangsung di Stadium Prince, Jumaat ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak penganjur semalam, Persekutuan Bola Sepak Myanmar (MFF) memaklumkan yang pasukan itu terpaksa menarik diri selepas ada pemainnya disahkan positif Covid-19.

Keputusan penarikan diri itu dibuat bagi meminimumkan risiko jangkitan kepada pemain negara lain.

“Dengan rasa kesal, Myan­mar terpaksa menarik diri daripada Kejuaraan AFF B-23. Bagaimanapun, aspek kesihatan dan keselamatan semua orang adalah lebih penting dan kami faham dengan keputusan yang diambil ini.

“Kami berharap, mereka yang dijangkiti akan cepat sembuh,” kata Presiden AFF, Khiev Sameth.

Terdahulu, skuad negara menjadi antara pasukan terawal yang dipalit isu jangkitan Co­vid-19 selepas dua pemain, Shafi Azswad Sapari dan Fahmi Daniel Zaaim didapati positif, hasil ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) yang dilakukannya sejurus tiba di Phnom Penh.

Sebelum ini, Indonesia yang juga juara bertahan turut me­ngumumkan penarikan diri, juga dengan alasan sama dan kecede­raan pemain.

POPULAR