fbpx

Kanak-kanak 10 tahun terperangkap dalam lori sampah lapan jam diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai berkumpul ketika berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di dalam lori sampah. - OMER BALAL/FACEBOOK

KHARTOUM, Sudan – Seorang kanak-kanak lelaki Sudan berusia 10 tahun berjaya diselamatkan setelah terperangkap di dalam lori sampah selama lapan jam, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Budak lelaki yang dikenal pasti oleh polis sebagai Majed Mubarak Ibrahim itu bekerja dengan sebuah trak yang dikendalikan oleh Syarikat pembersihan negeri Khartoum.

Dia dipercayai ditarik masuk ke dalam lori ketika membuang sampah. Majed kini berada di hospital dan polis dilaporkan tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai keadannya.

Orang ramai berkongsi gambar di media sosial mengenai beberapa penyelamat yang bekerja semalaman dalam usaha mengeluarkan kanak-kanak tersebut.

Seorang saksi berkata bahawa salah satu tangan kanak-kanak itu tersepit di dalam perangkap hidraulik.

Sebuah video memaparkan situasi ketika seorang pengimpal sedang bekerja dengan klip yang lain menunjukkan situasi ketika penggali eskavator sedang digunakan untuk membuka perangkap tersebut.

Menurut pengulas-pengulas sosial, kemalangan yang berlaku mendedahkan berlakunya isu buruh kanak-kanak di Sudan yang sering dieksploitasi dengan ada yang diambil menjadi tentera. 

Realiti ekonomi yang sukar di Sudan menyebabkan beberapa kanak-kanak bekerja dalam situasi pekerjaan yang berbahaya dengan jumlah besar yang dicatatkan di Khartoum serta bandar-bandar lain.

Menurut agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Unicef, kira-kira tiga juta kanak-kanak Sudan tidak bersekolah. Mereka bekerja dalam pelbagai pekerjaan termasuk membersihkan, menjual, memasang batu bata dan mengutip sampah yang berisiko dieksploitasi dan disalahgunakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI