fbpx

Harga petrol RON97 naik 6 sen berkuat kuasa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 6 sen seliter iaitu daripada RM3.21 kepada RM3.27 seliter berkuat kuasa esok sehingga 23 Februari depan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel pula kekal masing-masing pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter.

Katanya, harga runcit petrol RON95 dan diesel dikekalkan kerajaan adalah bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI