fbpx

Belum ‘due’ bersalin, Ernie masuk wad sebab hemoglobin rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERNIE dimasukkan ke wad semalam kerana mengalami hemoglobin rendah.

PETALING JAYA – Penyanyi Ernie Zakri berkata, dia dimasukkan ke hospital semalam gara-gara mengalami tahap hemoglobin (protein dalam sel darah merah) rendah, bukannya kerana tarikh jangkaan bersalin sudah tiba.

Ujar pelantun lagu Boneka itu, dia hanya dimasukkan ke hospital selama sehari dan dibenarkan pulang ke rumah pagi tadi.

Dia berkongsi perkara tersebut menerusi InstaStorynya dengan memaparkan dirinya ditemani suami, Syamel yang setia di sisi.

“Ada yang tanya kenapa masuk hospital. Belum lagi, belum ‘due’ (melahirkan). Insya-Allah doakan.

“Tapi kena masukkan iron (zat besi) sebab hemoglobin saya agak rendah. Tak begitu rendah tapi agak rendah. Apa yang terbaik, buat sajalah. Ikut saranan doktor. Doakan dipermudahkan. Esok pagi (hari ini), dah boleh balik,” katanya.

Ernie yang kini sarat hamil anak sulungnya hasil perkongsian hidup dengan Syamel sedang menunggu waktu untuk melahirkan.

Dia dijangka melahirkan bayi sulungnya yang merupakan anak perempuan menjelang hujung bulan ini.

Untuk rekod, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac tahun lalu di Masjid Puncak Alam, Shah Alam, Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI