fbpx

Taktik seludup ketum guna bot penumpang mewah terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hashim menunjukkan bahagian bot penumpang mewah yang rosak selepas merempuh bot APMM dalam aksi kejar mengejar, semalam.

KUALA PERLIS – Taktik licik dua lelaki menggunakan bot penumpang mewah untuk menyeludup kira-kira 3.2 tan daun ketum bernilai RM576,000 ke Thailand kecundang apabila mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), di sini semalam.

Dalam operasi khas pada pukul 6.05 pagi itu, bot dinaiki dua lelaki tempatan berusia 37 dan 48 tahun tersebut dikesan berada di 5.8 batu nautika barat Pantai Kurung Tengar di sini.

Pengarah APMM Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Hashim Mat Zain memberitahu, pasukan operasi khas mengesan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran bergerak dalam keadaan gelap dari Kuala Kedah menuju sempadan Thailand.

Katanya, pihaknya kemudian mengatur gerak sebuah bot ronda ke lokasi serbuan.

“Suspek yang menyedari kehadiran bot penguat kuasa seterusnya mengemudi secara berbahaya dan berlaku aksi mengejar suspek selama kira-kira 15 minit.

“Suspek bertindak agresif apabila mereka merempuh bot APMM, impak rempuhan menyebabkan bahagian haluan bot penumpang pecah dan mengalami kebocoran sebelum kedua-dua suspek berjaya ditahan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas beliau, pemeriksaan lanjut menemui 300 bungkusan plastik berwarna hitam dan 13 bungkusan plastik putih mengandungi daun ketum dipercayai untuk dibawa ke Thailand melalui jalan laut.

“Kita turut merampas tiga enjin sangkut bernilai RM180,000 dan sebuah bot fiber bernilai RM200,000 menjadikan nilai keseluruhan rampasan ialah RM956,000,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI