fbpx

Peniaga makanan acu pisau kepada penjawat awam didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LUMUT – Seorang peniaga makanan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini selepas mengaku salah melakukan ugutan menggunakan sebilah pisau pemotong daging terhadap pegawai penguatkuasa kesihatan daerah, bulan lalu.

Majistret A Hafiizh Abu Bakar, menjatuhkan hukuman itu terhadap Tang Keng Su, 56, yang akan dipenjarakan lapan bulan jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh membayar denda tersebut.

Keng Su didakwa melakukan ugutan bencana menggunakan sebilah pisau terhadap Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mohd Amin Aminuddin, 32, di lot kedai 40 dan 42 di kawasan medan selera Looking Good Hawker Centre, Kampung Koh, dekat sini, kira-kira pukul 9.30 malam 25 Januari lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 189 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nurjihan Jaya manakala tertuduh tidak diwakil peguam.

Mengikut fakta kes, sebelum kejadian, pemeriksaan oleh tiga pegawai penguatkuasa kesihatan mendapati tertuduh melakukan kesalahan berkaitan kebersihan iaitu berkuku panjang dan memakai cincin ketika menyediakan makanan.

Pengadu iaitu Mohd Amin kemudian mengeluarkan notis kompaun dan meminta tertuduh menandatangani notis tersebut.

Tertuduh bagaimanapun mengacukan sebilah pisau pemotong daging terhadap pengadu sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadu.

Perbuatan itu disaksikan oleh dua rakan pengadu dan pengadu yang bimbang keselamatannya kemudian membuat laporan polis tidak lama kemudian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI