BAYI yang baru dilahirkan di hospital kerajaan layak mendapat cincin emas. – AGENSI

Semua bayi lahir di hospital kerajaan dapat hadiah emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Pihak berkuasa  negeri Tamil Nadu di India  hari ini memberikan cincin emas percuma kepada bayi yang lahir di hospital kerajaan dalam inisiatif untuk meningkatkan keyakinan rakyat kepada sistem penjagaan kesihatan awam.

Di bawah skim dilancarkan oleh Ketua Menteri yang juga bekas pelakon, Vijay, semua bayi baru dilahirkan di kemudahan kesihatan awam Tamil Nadu layak menerima cincin emas seberat satu gram, bernilai kira-kira AS$143 (RM584).

Emas mempunyai kepentingan budaya yang amat besar di India dan  sering menjadi tumpuan dalam perkahwinan serta upacara keagamaan.Emas juga dilihat sebagai aset turun-temurun yang selamat.

“Cincin emas ini akan memberikan anak sesuatu yang berharga untuk disimpan bagi tahun-tahun yang mendatang,” kata seorang ibu di sebuah hospital kerajaan di daerah Madurai dalam negeri Tamil Nadu

Dia antara puluhan ibu yang memangku bayi baru lahir  masing-masing ketika beratur untuk menerima hadiah tersebut. 

“Skim ini terasa sangat peribadi,” kata seorang lagi ibu yang bersyukur, Stella Mary  kepada AFP.

Beberapa pegawai berkata,  inisiatif itu bertujuan untuk memberi penekanan kepada penjagaan ibu dan bayi baru lahir, di samping mengukuhkan kepercayaan kepada institusi kesihatan awam di Tamil Nadu yang mempunyai lebih 72 juta penduduk. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN