fbpx

Bahrain terima penempatan pegawai Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Pertahanan Israel, Benny Gantz (kiri) bertemu Raja Bahrain, Hamad Isa Al Khalifa di istananya di Manama, pada 3 Februari lalu. - Kerajaan Bahrain

MANAMA, Bahrain – Kerajaan Bahrain mengesahkan bahawa seorang pegawai Israel akan ditempatkan di negara itu tidak lama lagi, lapor laman berita RT, kelmarin.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah di mana pegawai Israel ditempatkan di negara Arab dengan sokongan negara itu.

Pegawai itu dilaporkan akan berkhidmat sebagai penghubung kepada Tentera Laut AS.

“Pelantikan pegawai Israel datang dalam rangka kerja yang berkaitan dengan gabungan antarabangsa, yang terdiri daripada lebih daripada tiga puluh empat negara.

“Gabungan itu menjamin kebebasan pelayaran di perairan wilayah rantau ini dan melindungi perdagangan Antarabangsa selain menghadapi ancaman lanun dan keganasan di rantau ini,” demikian menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri Bahrain.

Laporan awal dalam media Israel mencadangkan bahawa pegawai yang tidak dinamakan itu akan pergi ke negara itu untuk berkhidmat sebagai penghubung kepada Armada Kelima Tentera Laut AS.

Tindakan itu dilaporkan telah dipersetujui semasa lawatan Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz ke Bahrain minggu lalu.

Lawatan itu menyaksikan kedua-dua negara menandatangani perjanjian kerjasama keselamatan, perjanjian pertama seumpama itu antara negara Teluk dan Israel.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) belum mengesahkan pelantikan itu setakat ini. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI