fbpx

Kor Polis Tentera bantu beri laluan kepada ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan dua anggota tersebut membantu buka laluan kepada ambulans yang menghala ke Tampin, hari ini.

REMBAU – Tindakan dua anggota Kor Polis Tentera yang memberi laluan kepada ambulans meskipun dalam tugasan mengawal laluan aset tentera di persimpangan lampu isyarat Kendong hari ini wajar diberi pujian.

Konvoi aset tentera berkenaan dipercayai datang dari arah Simpang Ampat, Melaka membelok ke kanan jalan menghala Tampin kira-kira pukul 5.40 petang itu.

Dua kenderaan yang dibawa secara berasingan oleh anggota berkenaan bertindak menyekat laluan bagi tujuan keselamatan pengguna jalan raya ketika kelibat ambulans tiba dari arah Rembau.

Salah seorang anggota segera membantu membuka laluan bagi membolehkan ambulans melalui jalan tersebut, manakala anggota lain menahan aset tentera yang sedang dalam konvoi ke kem tentera di Gemas.

Tindakan pantas berkenaan mendapat pujian serta kerjasama daripada pengguna jalan raya yang lain. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI