fbpx

Kos kahwin murah rahsia perkahwinan kekal lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAHSIA perkahwinan kekal lama adalah dengan mengadakan majlis secara sederhana. -Shutterstock

LONDON – Kajian mendapati pasangan yang membelanjakan berpuluh ribu ringgit untuk majlis perkahwinan mereka atau hanya menjemput segelintir rakan dan keluarga, berkemungkinan besar akan bercerai, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Penyelidik mendapati bahawa 10 peratus perkahwinan dengan kos lebih daripada £20,000 (RM113,640.10) akan hancur dalam tempoh tiga tahun.

Peratusan tersebut adalah dua kali ganda daripada kadar keseluruhan perceraian iaitu pada lima peratus ketika itu.

Dalam pada itu, 34 peratus pasangan yang mempunyai kurang daripada 10 pada majlis perkahwinan mereka akhirnya akan bercerai dalam tempoh satu dekad, hampir dua kali ganda daripada kadar keseluruhan perceraian asal.

Penemuan itu didapati menerusi tinjauan yang dijalankan oleh badan pemikir pro-perkahwinan, Marriage Foundation.

“Data itu dirujuk daripada penyelidikan terdahulu dari Amerika Syarikat (AS) yang mencadangkan bahawa perkahiwan kos mahal boleh mendatangkan kesan buruk kerana risiko hutang,’’ kata pengarah penyelidik, Harry Benson.

Jumlah tetamu yang ramai adalah baik untuk suatu perkahwinan kerana menunjukkan pilihan yang komited oleh pasangan dan menolak pilihan lain.

Secara keseluruhan, kajian ini menyampaikan mesej bahawa kos untuk majlis perkahwinan tidak perlu terlalu mahal dan pasangan perlu meraikan hari bahagia mereka dengan menjemput seramai mungkin rakan dan ahli keluarga. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI