fbpx
LEXUS RX300 F Sport dikuasakan dengan enjin 2.0 liter turbo berkembar.

Daya tarikan SUV premium sporty Lexus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KENAPA saya kata kereta ini untuk orang kaya? Sebab harganya bukan murah.

Lebih RM400,000 harga sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ini yang turut mempunyai kembar tidak seiras iaitu Toyota Harrier.

Sekadar makluman, Lexus Malaysia telah menjual lebih 800 unit model RX300 sejak dilancarkan pada tahun 2019. Itu belum kira yang dijual oleh pengimport terpakai. Ia tidak menghairankan kerana model ini boleh dikatakan popular juga di atas jalan raya.

Banyak faktor yang mendorong sesebuah kenderaan itu laris antaranya rekaan yang menarik, harga yang berbaloi dan pengalaman pemanduan yang baik.

Baru-baru ini, penulis telah diberi peluang oleh Lexus Malaysia untuk memandu uji model RX300 dengan varian F Sport.
Model generasi keempat itu telah dilancarkan pada tahun 2019.

Lexus RX300 F Sport ini adalah model generasi keempat yang dilancarkan pada sekitar tahun 2019 dan merupakan SUV premium menarik dengan ciri-ciri sporty.

JENTERA ini menggunakan rim 20 inci pada keempat-empat rodanya.

Pada bahagian depan, model generasi keempat ini hadir dengan rekaan jeriji besar dan nampak tajam sama seperti model Lexus varian F Sport lain. Rekaan berkonsep tajam itu turut diterapkan pada lampu depan dengan tiga unit lampu projektor LED. Sejujurnya penulis suka bahagian depannya.

Pada bahagian sisi pula, SUV ini diperkemas dengan rim bersaiz 20 inci berasaskan rekaan khusus untuk varian F Sport.

Ia dipadankan dengan tayar 235/55 untuk keempat-empat roda.

Sementara bahagian belakang pula, model ini menggunakan lampu belakang jenis LED dengan elemen berbentuk seperti huruf L. Bahagian bampar SUV ini turut bersentuhan sporty.

Secara keseluruhan, bahagian luaran Lexus RX F Sport memberikan penampilan sporty dalam masa yang sama kelihatan premium.

Masuk ke ruang dalaman, semua tempat duduk boleh dilaras secara elektrik termasuk bahagian belakang.

Rekaan separa buket memberikan rasa sporty ketika memandu atau menjadi penumpang kenderaan ini.

Lexus juga menawarkan tempat duduk yang boleh disejukkan dan dipanaskan bergantung kepada keselesaan pemandu dan penumpang.

RUANG dalamannya dengan rekaan tempat duduk separa buket.

Model ini juga hadir dengan pad kawalan sesentuh di bahagian konsol tengah seperti model Lexus lain untuk memudahkan pemandu membuat penetapan radio mahupun GPS.

Selain itu juga, pada konsol tengah Lexus RX300 F Sport ini turut dilengkapkan dengan pengecas tanpa wayar yang disediakan pada bahagian hadapan bawah papan pemuka.

Rekaan papan pemuka dengan butang-butang kawalan pula mudah dicapai walaupun ketika sedang memandu.

Sistem infotainment Lexus RX300 F Sport ini turut dilengkapi dengan skrin 12.3 inci yang boleh disambung dengan telefon pintar melalui Android Auto dan Apple CarPlay.

Sebanyak 12 pembesar suara yang dilengkapi bersama subwoofer memberikan pendengaran halwa telinga mengagumkan kepada sesiapa yang berada di dalam SUV ini.

Model ini hadir dengan enjin 2.0 liter pengecas turbo twin scroll yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan automatik.

REKAAN belakang Lexus RX300 F Sport menonjolkan elemen tersendiri.

Gabungan itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 235hp iaitu antara 4,800 dan 5,600rpm dan tork maksimum 350Nm iaitu dari 1,650 ke 4,000rpm. Kadar pecutan dari pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya 9.5 saat.

Antara ciri khas yang ada pada varian F Sport ialah sistem Adaptive Variable Suspension (AVS) yang hanya terdapat pada varian F Sport. Ia berfungsi memberikan penalaan yang lebih baik untuk pemanduan yang agresif.

Selain itu, fungsi Adaptive Highbeam System (AHS) serta BladeScan mampu menawarkan pencahayaan yang baik dengan pemberian lampu tinggi tanpa menyilaukan pandangan pemandu dari arah lawan.

Ciri-ciri ini amat baik kerana membantu tugas pemandu untuk meninggi atau merendahkan lampu utama terutama ketika melalui jalan kampung.

Lexus mustahil ambil ringan dalam aspek keselamatan. Model ini dilengkapi sistem Pre-Collision (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Lane Tracing Assist (LTA), sistem Active Cornering Assist (ACA), Vehicle Stability Control (VSC), Blind Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN