fbpx
Tangkap layar kejadian pergaduhan di sebuah restoran dekat Mentakab di Temerloh malam semalam.

Polis kesan individu terlibat pergaduhan di restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Polis sedang giat mengesan individu yang terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah kedai makan di Mentakab malam semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Azhar Mohd. Yusof berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar.

“Pihak polis mengucapkan terima kasih atas maklumat yang disalurkan dan orang ramai dinasihatkan menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesan apa-apa kejadian jenayah.

“Pada masa ini pihak polis sedang mengesan suspek terlibat,”katanya mengulas rakaman video tular mengenai pergaduhan yang tercetus di sebuah kedai makan di Mentakab malam semalam.

Dalam video berdurasi 25 saat itu memaparkan tindakan seorang lelaki yang tidak berpuas hati menolak seorang pelayan wanita hingga terjatuh dan memukul seorang lelaki menggunakan kerusi plastik sebelum melarikan diri.

Sementara itu seorang penduduk setempat dikenali Lee berkata, kejadian berkenaan dipercayai berpunca rasa tidak puas hati lelaki berkenaan susulan makanan yang dipesan lambat sampai.

Katanya, dia yang pernah makan di situ sudah maklum bahawa kedai makan yang menjadi tumpuan berkenaan biasanya lambat menyajikan makanan yang dipesan.

“Saya pernah tunggu sehingga sejam setengah barulah makanan sampai malah saya difahamkan ada yang menunggu lebih lama dari itu,”ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN