fbpx

JPJ Kelantan mudahkan urusan memperbaharui cukai jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (kiri) memeriksa cukai jalan motosikal seorang penduduk yang sudah tamat lebih tiga tahun lalu di Kompleks YKK, Padang Kala di Peringat semalam.

KOTA BHARU – Seramai 66 orang pemilik motosikal di sekitar Kampung Padang Kala di sini yang tamat tempoh selama lebih tiga tahun mampu menarik nafas lega apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membantu memudahkan urusan mereka.

Inisiatif menerusi Program JPJ Bersama Rakyat itu dijalan agar kesemua pemilik motosikal boleh memperbaharui cukai jalan mereka yang sudah tamat tempoh tanpa perlu menjalankan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Ketua Unit Mobile JPJ Kelantan, Azman Idris berkata, menerusi program itu, JPJ dapat membantu rakyat dan memudahkan mereka kerana rata-rata yang hadir merupakan penduduk kampung yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, mereka perlu menyediakan wang untuk membuat pemeriksaan di Puspakom dan program itu sekurang-kurangnya dapat memberi peluang kepada mereka untuk menunggang motosikal mengikut undang-undang iaitu mempunyai cukai jalan yang sah.

“Program ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan masyarakat. Kebanyakan mereka amat terkesan semasa pandemik Covid-19 dan usaha yang dilakukan oleh JPJ ini dapat mengurangkan beban mereka.

“Seramai 168 pemilik motosikal hadir dalam program itu dengan 66 daripadanya menjalani pemeriksaan cukai jalan tamat tempoh lebih tiga tahun, memperbaharui lesen kenderaan motor (77 orang), Lesen Memandu Malaysia (63 orang), lesen Vokisional GDL/PSV (24 orang) dan melibatkan kompaun (4 orang),” katanya kerika ditemui pemberita pada Program JPJ bersama rakyat di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala di sini semalam. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI