fbpx

Hanya PM boleh putuskan pembukaan sempadan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishammuddin (tengah) ketika meninjau pesawat AW 139 yang disewa TUDM di Pangkalan TUDM Butterworth di Seberang Perai hari ini. Foto IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Keputusan muktamad pembukaan sempadan negara hanya akan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan dibentangkan ke kabinet atau jawatankuasa yang dipengeruskannya.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tugas dan perbincangan Jawatankuasa Pemulihan Negara tidak boleh mempunyai mandat untuk membuat keputusan bagi pembukaan sempadan negara.

“Apa yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari adalah (hanya) untuk mengesyorkan bahawa sempadan boleh dibuka pada 1 Mac.

“Keputusannya tidak boleh dibuat di peringkat kuartet pun, sama juga dengan Jawatankuasa Pemulihan Negara kena tunggu perkara ini dibawa ke kabinet atau Jawatankuasa Khas Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Pengenalan Pesawat AW 139 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disewa di Pangkalan TUDM Butterworth di sini.

Terdahulu, Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin menjelaskan MPN bersetuju dengan cadangan supaya Malaysia membuka sepenuhnya sempadan negara tanpa keperluan kuarantin wajib, seawal 1 Mac depan.

Muhyiddin berkata, pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI